Dunia IT yang semakin berkembang hari ini turut memberikan kesan pada bidang pendidikan. Daripada sistem pengurusan pelajar dan bilik darjah hinggalah kepada teknik pengajaran dan pembelajaran, hampir semuanya kini mengaplikasikan kemudahan IT. Dahulu, istilah literasi adalah berkait dengan masalah buta huruf, namun sekarang literasi kini dikaitkan dengan masalah tidak pandai menggunakan komputer. Guru-guru juga, daripada hanya menggunakan kapur dan papan hitam, kemudiannya menggunakan OHP. Namun kini zaman OHP telah pun berlalu kerana wujudnya berbagai perkakasan canggih yang boleh dihubungkan dengan komputer seperti lcd projektor, smartboard, visualizer dan sebagainya.
Kebanyakan sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan laptop dan lcd projektor. Terdapat ramai juga guru yang menyediakan slaid dalam powerpoint sebagai salah bahan bantu mengajar mereka. Keadaan menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat perkongsian video di internet seperti Youtube dan Khan Academy, kerana guru-guru boleh memasukkan video supaya pengajaran mereka menjadi lebih menarik dan senang difahami. Beberapa tahun kebelakangan ini, wujud pula Learning Management System (LMS) yang mana guru-guru boleh memuat naik bahan mengajar, menggunakan sistem kolaborasi seperti forum dan chat, dan juga menyediakan pentaksiran secara online. Pada keadaan ini, PnP menjadi lebih menarik kerana PnP tidak terhad kepada hanya di dalam bilik darjah dan menggunakan buku sahaja. PnP sekarang adalah di mana-mana dan istilah yang digunakan ialah u-learning (ubiquitous learning).
Tetapi persoalan yang timbul ialah, adakah teknologi ini dapat dimanfaatkan semaksimum yang mungkin? Berapa ramaikah guru dan pelajar yang mengguna dan mendapat manfaat daripadanya? Apakah kemudahan-kemudahan yang telah dan akan disediakan oleh kerajaan? Berapakah kos? Adakah berbaloi? Dahulu tanpa menggunakan IT pun ramai yang berjaya dan kenapa sekarang kita hendak menggunakan IT? Maka dengan persoalan-persoalan ini, dapatlah kita mengukur sejauh mana penggunaan IT dalam pnp pada ketika ini. Yang boleh kita lihat, institusi pendidikan tinggilah yang banyak memanfaatkan kemudahan IT ini. Tetapi sayanglah jika pelajar kita hanya dapat betul-betul menggunakan IT untuk pelajaran mereka ketika berada di kolej atau universiti, kerana ketika bersekolah mereka ini lebih banyak menonton dan mendengar sahaja persembahan atau pengajaran daripada guru. Bukankah lebih baik sekiranya pelajar-pelajar kita dapat didedahkan kepada penggunaan IT sejak awal-awal lagi? IT kini adalah lebih baik kerana membolehkan penglibatan(engagement) guru dan pelajar dengan lebih berkesan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan