Rabu, 29 Ogos 2012

Bagaimana untuk menjadikan Moodle supaya lebih menarik?

Terdapart banyak rungutan yang mengatakan antaramuka Moodle terlalu messy(serabut?) dan paparannya terlalu membosankan. Ini kerana untuk melihat setiap topik, terdapat hanya teks dan boleh jadi berpanjangan hingga perlu diturunkan (scroll) ke bawah. Benarkah begitu?

Tetapi jika difikirkan, buku teks juga berwajah sedemikian. Bezanya buku teks boleh diselak-selak, tetapi di di dalam Moodle, kita perlu scroll ke bawah atau di dalam forum mereka menggelarkannya sebagai scroll to death.

Tetapi sebenarnya tidak begitu. Kita boleh mengubahsuainya menjadi kepada paparan menu dan meletakkan gambar logo atau simbol supaya nampak lebih menarik. Tetapi mungkin di antara kita akan menghadapi kesukaran untuk melakukannya kerana ia memerlukan kemahiran dalam html editing. Tetapi perlahan-lahan kayuh, lama-lama sampai jua.

Lihat video di bawah untuk contoh paparan yg menarik di dalam Moodle.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan