Semalam saya cuba menyediakan sebuah e-content yang tajuknya ialah Pembahagian Nombor untuk sekolah rendah. Inisiatif ini adalah sekadar suka-suka, untuk menimba pengalaman menggunakan Adobe Captivate 5.5.
Saya difahamkan versi yang terbaru, iaitu versi 6.0 boleh menyokong Html5, manakala versi yang saya gunakan ini hanya menyokong Flash. Terdapat beberapa pilihan untuk memasukkan isi kandungan seperti menangkap daripada skrin untuk mengajar tentang cara-cara menggunakan perisian; memindah kandungan daripada Powerpoint (jika bahan ini telah pun sedia ada); atau membina terus kandungan anda dengan Captivate. Apa yang lebih menarik ialah dengan adanya template untuk membina kuiz dengan pelbagai jenis soalan tersedia untuk dipilih.
Apa yang saya lakukan ialah membina kandungan terus menggunakan Captivate dan menggunakan template untuk soalan kuiz. Langkah pertama ialah membina slaid master kemudian memasukkan gambar background dan tajuk yang akan keluar pada setiap paparan slaid.
Langkah kedua ialah memasukkan text, objek dan set kesan khas atau animasikan objek-objek tersebut. Kemudian ubah kedudukannya pada timeline supaya setiap objek keluar mengikut masa yang kita kehendaki. Perkara ini tidaklah sukar tapi agak remeh. Banyak masa dihabiskan untuk kerja-kerja tersebut.
Langkah seterusnya ialah memasukkan soalan kuiz dengan menggunakan template. Ianya amat mudah dengan hanya beberapa klik sahaja. Kemudian pastikan program kita berjalan lancar melalui preview dengan menekan Ctrl + Enter sebelum kita memilih untuk publish. Berikut ialah hasil kerja saya yang mana mengambil masa satu hari untuk siap.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan